BEST GILER

Portal Laman Web Menarik & Internet Tips yang BEST GILER

KOMP3.Net - Muat Turun Mp3 Percuma Sampai Satu Album Pun Boleh

Saya terserempak dengan laman web ini. Kalau anda nak download music mp3 dengan percuma, layari laman web ini : http://www.komp3.net. 

Nak download satu album pun diorang ada.

Popularity: 100% [?]

photo-notes.net - Tukar Gambar Ke Polaroid Style

Perkhidmatan percuma dari photo-notes.net

Tak payah saya cerita panjang-panjang. Tengok gambar dibawah ni pun saya pasti anda boleh faham kan?

rose

url : photo-notes.net 

Popularity: 64% [?]

skreemr.com - Banyak MP3 yang Best Giler Dan Boleh Muat Turun

skreemr

Assalamualaikum semua,

Saya minta maaf kalau ada yang menunggu. Lama tak post.

Walaubagaimapun, saya ada berita best bagi mereka yang nak download mp3. Saya selalunya menggunakan limewire untuk download mp3. Tapi oleh kerana selalu down, dan kadang-kadang lambat, saya pun bercadang mencari mp3 yang boleh ‘direct download’. Akhirnya saya jumpa SkreemR. Habis terus saya download musik kegemaran saya. Anda cuba lah di http://skreemr.com/

Popularity: 83% [?]

DaFont.com - Galeri Font Yang Best Giler

Banyak jenis Font yang boleh didapati di website ini. Semuanya cantik-cantik.

Anda boleh mencuba dengan perkataan anda sebelum download font tersebut. Tengok screenshot dibawah. Saya ada mencuba dengan perkataan best giler.

Dafont

Best kan? url : http://dafont.com

Popularity: 75% [?]

Tirminal.com - Boleh Hantar File Bersaiz Besar Tanpa Had

 tirminal

Timinal adalah sebuah perkhidmatan yang memberikan anda satu kebebasan menghantar apa sahaja jenis format file tanpa halangan had saiz. Tidak ada server pihak ketiga yang akan menyimpan file anda kerana ianya akan dihantar terus kepada si penerima.

Tidak sama dengan cara yang digunakan oleh website lain, Tirminal adalah satu software jenis ‘Single Client Transfer’ dimana cuma si penghantar sahaja yang perlu ada software tirminal dan si penerima pula hanya terima ‘link‘nya sahaja melalui email. Emm best kan?

Tapi persoalannya : Boleh tak resume kalau connection terputus?

Layari : Tirminal.com

Popularity: 78% [?]

Keyboard Shortcuts For Your Browser

Saya terpaksa post title ini dalam bahasa inggeris sebab saya tak tahu bagaimana nak sebut dalam Bahasa Melayu.

Jalan Pintas Papan Kekunci Untuk Pelayar Anda? Ngam ke? Hehehe :)

Ok, ini link dia : http://www.mozilla.org/support/firefox/keyboard#

Kalau nak nampak PRO, kena tahu shortcuts ni.

Popularity: 72% [?]

AddictingGames.com - Perkhidmatan Main Game Online

 AG

Satu lagi perkhidmatan percuma yang best giler untuk sesiapa sahaja yang takde kerja atau secara singkatnya - MALAS - seperti saya hehehe :)

OK, tak payah saya nak terangkan dengan lebih jelas. Dari nama domain pun kita dah boleh faham. Yang penting… memang laman ni best (bagi akulah…)

Layari AddictingGames.com sekarang. Tak payah register, percuma pula tu dan boleh main terus.

Popularity: 78% [?]

Compete.com – Ketahui Bilangan Trafik Domain Yang Popular

compete1

Compete.com adalah satu perkhidmatan yang cukup best giler.

Tahukah anda berapa ramai pelawat (trafik) ke lelong.com.my? utusan.com.my? maybank2u.com.my? etc…

Anda akan dapat jawapannya di compete.com.

Anda juga boleh membanding 3 domain sekali untuk melihat siapa yang lebih popular. Dibawah saya ada cuba membandingkan 3 domain suratkhabar yang popular iaitu Utusan, Berita Harian dan Harian Metro. Nampaknya Utusan yang paling ramai menerima kunjungan daripada Berita Harian dan Metro.

saing

Cubalah Compete.com

Popularity: 71% [?]