YouSendIt.com - Hantar email sehingga saiz 2 GB
Dulu kalau tak silap saya, email percuma dihadkan pada 1.2 mb. Sekarang storage untuk email telah dinaikkan sehingga 2.5 GB dan ada juga sampai unlimited. Walaupun begitu, terdapat satu masalah yang masih wujud, iaitu tidak boleh melebihi 10-15 mb apabila attaching file didalam email. Penhantaran yang terhad ini mengakibatkan pengguna tidak dapat menghantar file yang bersaiz besar seperti video atau sebagainya.
Ya, walaupun sekarang video boleh dicompress melalui Youtube tetapi keburukkannya boleh ditonton oleh orang ramai. Bagaimana pula dengan video peribadi?
Terdapat sebuah syarikat melalui laman web telah menyedari masalah ini dan telah menyelesaikannya. YouSendIt.com adalah sebuah perkhidmatan yang membolehkan pengguna menghantar file yang bersaiz besar kepada sesiapa melalui email. Untuk menghantar file bersaiz dibawah 100mb adalah percuma. Apa yang perlu dilakukan adalah
- Layari YouSendIt.com
- Berikan alamat email si penerima
- Attach kan file anda dan tekan SEND
Itu sahaja. Layari YouSendIt.com sekarang ( kalau berminat )
Popularity: 11% [?]

Leave a Reply