Satu lagi laman web yang berguna untuk sesiapa yang perlu mengubah saiz gambar jpg, gif atau png dengan mudah dan cepat. Selalunya pengubahsuaian gambar yang terbaik dan selalu digunakan adalah Adobe Photoshop dimana software ini bukan sahaja dapat mengubah saiz, malah bermacam-macam lagi.

Tapi rasanya agak leceh juga untuk buka software photoshop kalau hanya ingin sekadar mengubah saiz gambar.

resize

ResizR, perkhidmatan percuma dari lord-lance.com adalah jawapan penyelesaian untuk anda. Cara menggunakannya adalah amat mudah. Klik butang BROWSE dan pilih gambar, taip lebar pixel yang diingini dan klik butang RESIZE. Mudah bukan?

Tambahan pula, anda juga boleh mengambil gambar yang ingin diresize terus dari web, dengan memberi alamat web gambar tersebut (Right click - copy image location).

Gunakan ResizR sekarang.

Popularity: 19% [?]