Yahoo! Answer – Dapatkan Jawapan Dengan Pantas

Yahoo Answer adalah sebuah perkhidmatan percuma dimana anda boleh menyoal dan menjawab soalan. Ianya tidak sama dengan laman web yang berbentuk Forum kerana di Yahoo Answer, semuanya berlaku dengan pantas. Kebanyakan soalan yang diutarakan mendapat jawapan hanya dalam sehari. Kekadang saya rasa Yahoo Answer ini macam seperti sebuah perkhidmatan konsultan yang percuma.
Cara untuk post soalan adalah amat mudah. Anda hanya perlu memilih kategori yang betul dan ’specify‘ berapa lama soalan ini dibuka? Apabila masa soalan dah tamat, jawapan yang terbaik akan diletakkan di tempat yang paling atas daripada jawapan-jawapan yang lain.
Jawapan terbaik ini dipilih melalui jumlah undian yang tertinggi oleh member-member Yahoo Answer.
Terdapat lebih dari 40 juta soalan yang sudah pun dijawab, ada didalam Yahoo Answer dan kemungkinan besar soalan yang ingin diutarakan oleh anda, sudah pun terjawab.
Layarilah Yahoo Answer sekarang. Banyak jawapan yang boleh anda perolehi disana secara percuma. Best Giler bukan?
Popularity: 15% [?]

Leave a Reply