Nak install Freeware tapi takut terganggu sistem komputer
Rasanya kita semua sedia maklum, saya atau anda tidak seharusnya men’download‘ freeware (aplikasi percuma) di internet kecuali daripada sumber yang boleh dipercayai. Kalau tidak, anda akan susah nanti jikalau freeware yang anda download tu mempunyai malicious code.
Walaubagaimanapun, jikalau anda teringin betul nak try install freeware tu, anda boleh gunakan kemudahan dari program windows untuk menaungi PC anda.
Begini caranya :
Apabila anda sudah habis download freeware tu, jangan dulu “install” freeware tersebut. Sebaliknya tekan right klik di mouse anda dan pilih “run as“.
Selepas kotak “Run As” keluar, anda akan nampak gambaran seperti dibawah :
Pilih “current user” dan pastikan kotak “protect my computer and data from unauthorized program activity” di tanda (Ticked). Lepas tu klik OK.
Anda boleh limitkan installation freeware anda dalam SAFE MODE untuk menilai kejujuran freeware itu.
Dengan menanda “protect my computer” bermakna = registry anda boleh dibaca oleh freeware tersebut tetapi ianya tidak dapat mengubah apa-apa didalam registry.
Jadi, jikalau terdapat code yang tak bagus dalam freeware, ianya tidak akan menganggu PC anda.
Apabila anda sudah berkeyakinan terhadap freeware tersebut, keluar dari safe mode dan install lah ia seperti biasa.
Popularity: 9% [?]

Leave a Reply