GuerrillaMail adalah sebuah perkhidmatan yang percuma, simple dan amat berguna. Ia memberikan anda sebuah email (pakai buang) yang hanya boleh digunakan selama 15 minit.

Emm… Kenapa pula anda perlu perkhidmatan ‘pakai buang‘ ini?

Ok… perasan tak laman web di internet sekarang ini, kebanyakan memerlukan email anda untuk pendaftaran (SignUp), walaupun anda tidak ada niat untuk menggunakan perkhidmatan laman web itu tapi berniat cuma nak tengok-tengok dahulu.

Pernah tak senario ini terjadi pada anda?

Ramai pengguna internet menyelesaikan masalah ini dengan cara yang berbeza. Ada yang menyimpan bogus account, ada yang menggunakan hotmail dan ada juga yang menggunakan perkhidmatan seperti GuerrillaMail dimana bagi saya adalah penyelesaian yang paling baik.

guerrilla

Tiada pendaftaran atau sebagainya diperlukan dalam GuerrillaMail. Anda boleh baca dan reply email dalam masa yang diperuntukkan.

Jadi, jikalau anda bercadang untuk mendapatkan perkhidmatan hanya sekali dari laman web yang memerlukan anda membuat pendaftaran, gunakanlah GuerrillaMail. Manalah tau laman web tu hantar spam email bukan?

Alamat : http://www.guerrillamail.com/

Popularity: 19% [?]