ScanR.com - Tiada scanner? Jangan risau
Satu lagi perkhidmatan yang berguna dan percuma.
ScanR.com adalah sebuah perkhidmatan yang membantu anda scan dokumen ke format jenis pdf.
Bagaimana caranya?
- Langkah 1) Ambil gambar dokumen yang hendak di scan dengan menggunakan handphone atau digital camera.
- Langkah 2) Hantar gambar tersebut ke ScanR melalui email : doc@scanR.com
- Langkah 3) ScanR akan menghantar balik gambar dokumen anda dalam bentuk pdf (melalui email)
Kalau anda belum pernah menggunakan perkhidmatan ScanR sebelum ini, anda perlu register untuk mendapatkan akaun. Proses registration adalah mudah dan tidak akan mengambil masa lebih dari 2 minit. Yang paling penting adalah email anda, kerana dokumen pdf akan dihantar ke email tersebut.
Perkhidmatan ScanR bukannya 100% percuma tetapi apa yang diberi (secara percuma) pun sudai memadai. Cubalah ScanR sekarang dan pastikan anda bookmark kerana mungkin anda perlukannya nanti.
Popularity: 10% [?]

Leave a Reply