Tentang Saya
Lahirnya Best-Giler.com
Assalamualaikum…

Mengimbas kembali bagaimana Best-Giler.com dicipta. Sebenarnya idea Best-Giler.com dicipta pada sekitar akhir bulan Januari 2008. Waktu itu saya berada di rumah bersama keluarga dan sedang menonton TV. Isteri saya pula sedang melayari internet mencari info tentang kek (Untuk pengetahuan anda, isteri saya ni memang berbakat baking kek). Lebih kurang 40 - 45 minit melayari internet, dia dah mula blank… tak tahu nak layari apa lagi.
Jadi saya pun cadangkan padanya “
Banyak bookmark yang saya kumpul dalam komputer tu… macam-macam ada. Tetapi yang paling saya gemar bookmarking, ialah laman web yang perkhidmatan nya percuma.
Anda tahu tak, bukan semua perkhidmatan di laman web mesti dibayar.
At least lah, ada yang minta sekadar email je.
Tapi yang penting… percuma bah
Siapa kata semua mesti bayar?
Jikalau anda tidak mahu menggunakan email anda sebab takut nanti dihantar email yang tidak ingini… anda boleh gunakan Guerilla Mail di http://www.guerrillamail.com.
Guerrilla Mail akan memberi anda satu email untuk digunakan dalam masa 15 minit sahaja. Selepas 15 minit, ia akan dihapuskan.
Lihat? Guerilla mail pun adalah salah satu perkhidmatan yang percuma.
Ok, balik pada cerita asal…
Setelah isteri saya melayari sebahagian bookmark saya tu… dia suka dan berkata… “rupanya banyak pula perkhidmatan percuma di internet… Mesti ramai yang belum tahu ni
Jeng, jeng … jeeeeng!
…disanalah idea best-giler.com dicipta.
Di laman blog Best-Giler.com, anda pasti akan rasa kelainan kerana best-giler.com adalah unik dan mempunyai keaslian didalam penilaiannya. Di blog ini, saya bukannya menilai barang2x baru, software baru atau sebagainya… tetapi saya akan menilai yang menarik, berguna dan percuma tetapi yang paling penting BEST GILER!
Saya berharap anda akan bookmark blog ini dan akan menjadikannya “One Stop Online Destination” anda. Subscribe RSS Best-Giler.com supaya tidak ketinggalan ok?
Sekian
HN Ezwandey Haron
Jadi, apakah yang anda boleh lakukan untuk menghargai usaha best-giler.com?
Emmm. Sebenarnya, saya tidak boleh minta anda menekan (klik) iklan Adsense yang saya letak disetiap post. Anda kena meng’KLIK’ nya sendiri untuk saya.
Jadi saya tidak mengarah, minta atau menyuruh anda menekan iklan tersebut. Emm, anda kena faham sendiri lah ok?
Terima Kasih.
Popularity: 3% [?]
