BEST GILER

Portal Laman Web Menarik & Internet Tips yang BEST GILER

Neevia Document Converter eXpress - Tukar file format ke PDF secara online

PDF Converter

Neevia Document Converter eXpress adalah sebuah perkhidmatan percuma menukar file format seperti doc, xml, jpg etc. ke format PDF tanpa perlu install apa-apa software.

Layari : http://convert.neevia.com/

Popularity: 26% [?]

LikeBetter.com – Perkhidmatan Kononnya Dapat Membaca Diri Anda

like better

OK. Di likebetter.com, anda akan melihat 2 gambar. Pilih gambar yang mana anda lebih suka dan pilih lagi sehingga otak kecil di tengah menjadi merah. Dan apabila otak tu merah, klik ia untuk mengetahui apa yang mereka ‘found out‘ tentang anda.

Layari http://LikeBetter.com 

Popularity: 38% [?]

GuerrillaMail.com – Perkhidmatan Email Pakai Buang. Penyelesaian AntiSpam

GuerrillaMail adalah sebuah perkhidmatan yang percuma, simple dan amat berguna. Ia memberikan anda sebuah email (pakai buang) yang hanya boleh digunakan selama 15 minit.

Emm… Kenapa pula anda perlu perkhidmatan ‘pakai buang‘ ini?

Ok… perasan tak laman web di internet sekarang ini, kebanyakan memerlukan email anda untuk pendaftaran (SignUp), walaupun anda tidak ada niat untuk menggunakan perkhidmatan laman web itu tapi berniat cuma nak tengok-tengok dahulu.

Pernah tak senario ini terjadi pada anda?

Ramai pengguna internet menyelesaikan masalah ini dengan cara yang berbeza. Ada yang menyimpan bogus account, ada yang menggunakan hotmail dan ada juga yang menggunakan perkhidmatan seperti GuerrillaMail dimana bagi saya adalah penyelesaian yang paling baik.

guerrilla

Tiada pendaftaran atau sebagainya diperlukan dalam GuerrillaMail. Anda boleh baca dan reply email dalam masa yang diperuntukkan.

Jadi, jikalau anda bercadang untuk mendapatkan perkhidmatan hanya sekali dari laman web yang memerlukan anda membuat pendaftaran, gunakanlah GuerrillaMail. Manalah tau laman web tu hantar spam email bukan?

Alamat : http://www.guerrillamail.com/

Popularity: 20% [?]

beFunky.com - Perkhidmatan Menukar Gambar ke Lukisan Kartun

Satu lagi perkhidmatan percuma yang best giler.

Dengan perkhidmatan dari beFunky, anda boleh mengubah gambar kesukaan anda kepada lukisan seperti kartun. Best bukan?

Ianya amat pantas dan mudah digunakan. Anda boleh gunakan gambar kartun anda di website peribadi seperti Friendster, Myspace dan sebagainya untuk mencantikkan lagi website anda. :)

ann

areeann areeann2

Amacam? Lawa tak? :)

Popularity: 35% [?]

Vixy.net – Menukar Format File .FLV Ke Format Lain

Perkhidmatan yang serupa dengan Zamzar cuma bezanya Vixy hanya men’download’ dan menukar format File FLV (youtube, metacafe, etc) ke format yang lain (avi, mov, mp4, mp3, 3gp.)

Caranya mudah. Anda hanya letakkan URL video (Contoh : http://youtube.com/watch?v4c), pilih format output dan tekan butang convert. Senang je.

vixy

Cuba Vixy di http://vixy.net

Popularity: 14% [?]

MagMyPic.com – Gambar Anda Di Muka Depan Majalah (Magazine Cover)

Kadang-kadang seronok juga melihat wajah saya di muka hadapan majalah. Bolehlah berangan-angan sikit nak jadi popular. Cheewah!

Anda pun boleh cuba perkhidmatan percuma ini di MagMyPic.com. Best giler tau! Tengoklah wajah saya dan anak saya di muka hadapan majalah.

aree aree2 rich

Layari Best-Giler.com untuk mendapatkan info laman web menarik, percuma & pasti best giler yang mungkin anda belum tahu..

Popularity: 29% [?]

Zamzar.com - Converting Files Online

Pernahkah anda ingin men’convert’ files tanpa perlu men’downloadsoftware?

Kenapa tak cuba Zamzar?

zamzar

zamzar1

Zamzar dapat men’convert’ semua jenis file ke file yang anda ingini secara online. Ia juga dapat men’download’ video dari Youtube, Metacafe, Ifilm etc. dan convert ke file avi, mp4 dan banyak lagi lah.

Cuma buruknya Zamzar ini ialah pada saiz file dimana ianya terhad sehingga 100mb sahaja.

Layari Zamzar di http://www.zamzar.com

Popularity: 14% [?]

Bruce Typing Wizard - Belajar menaip tanpa melihat keyboard

Bruce Typing Wizard adalah sebuah program kecil yang mengajar anda menaip tanpa melihat keyboard dalam beberapa minggu sahaja. Saya mencadangkan anda untuk mencuba kerana saya sendiri mencubanya. Adalah penting untuk menambahkan skill menaip ini.

menaip

Ya memang benar ia akan mengambil masa, tetapi cuba fikirkan; ia adalah satu investment untuk keuntungan anda sendiri. Walaupun bukan sekarang, tetapi mungkin nanti.

Anda boleh mendownload program ini percuma di http://typing.qcalculus.com/

Popularity: 25% [?]