BEST GILER

Portal Laman Web Menarik & Internet Tips yang BEST GILER

Yahoo! Answer – Dapatkan Jawapan Dengan Pantas

yahoo answer

Yahoo Answer adalah sebuah perkhidmatan percuma dimana anda boleh menyoal dan menjawab soalan. Ianya tidak sama dengan laman web yang berbentuk Forum kerana di Yahoo Answer, semuanya berlaku dengan pantas. Kebanyakan soalan yang diutarakan mendapat jawapan hanya dalam sehari. Kekadang saya rasa Yahoo Answer ini macam seperti sebuah perkhidmatan konsultan yang percuma.

Cara untuk post soalan adalah amat mudah. Anda hanya perlu memilih kategori yang betul dan ’specify‘ berapa lama soalan ini dibuka? Apabila masa soalan dah tamat, jawapan yang terbaik akan diletakkan di tempat yang paling atas daripada jawapan-jawapan yang lain.

Jawapan terbaik ini dipilih melalui jumlah undian yang tertinggi oleh member-member Yahoo Answer.

Terdapat lebih dari 40 juta soalan yang sudah pun dijawab, ada didalam Yahoo Answer dan kemungkinan besar soalan yang ingin diutarakan oleh anda, sudah pun terjawab.

Layarilah Yahoo Answer sekarang. Banyak jawapan yang boleh anda perolehi disana secara percuma. Best Giler bukan?

Popularity: 15% [?]

ResizR - Cara cepat untuk mengubah saiz gambar

Satu lagi laman web yang berguna untuk sesiapa yang perlu mengubah saiz gambar jpg, gif atau png dengan mudah dan cepat. Selalunya pengubahsuaian gambar yang terbaik dan selalu digunakan adalah Adobe Photoshop dimana software ini bukan sahaja dapat mengubah saiz, malah bermacam-macam lagi.

Tapi rasanya agak leceh juga untuk buka software photoshop kalau hanya ingin sekadar mengubah saiz gambar.

resize

ResizR, perkhidmatan percuma dari lord-lance.com adalah jawapan penyelesaian untuk anda. Cara menggunakannya adalah amat mudah. Klik butang BROWSE dan pilih gambar, taip lebar pixel yang diingini dan klik butang RESIZE. Mudah bukan?

Tambahan pula, anda juga boleh mengambil gambar yang ingin diresize terus dari web, dengan memberi alamat web gambar tersebut (Right click - copy image location).

Gunakan ResizR sekarang.

Popularity: 19% [?]

XE.com - Kira pelbagai mata wang asing dengan mudah

Saya pasti kadang-kadang semua orang membuat pengiraan mata wang asing. Mungkin nak melancong ke luar negara atau mungkin nak beli barang dari luar negara, XE.com akan memudahkan kerja pengiraan anda.

xe

Perkhidmatan dari Xe.com adalah percuma dan mampu mengira pelbagai mata wang asing dunia. Ianya amat mudah, cepat dan mata wang asing selalu dikemaskinikan.

Cubalah XE.com sekarang.

Popularity: 16% [?]

Menimba pengetahuan di HowStuffWorks.com

howstuffwork

HowStuffWorks.com adalah salah satu laman web favorite saya untuk menimba lebih pengetahuan. Ianya menarik, amat berguna dan pastinya percuma.

  • Anda tahu bagaimana komputer berfungsi?
  • Anda tahu kenapa cek bank memerlukan masa untuk dikreditkan kedalam akaun?
  • Anda tahu bagaimana jam kinetik berfungsi tanpa bateri?

Anda boleh dapat jawapannya di HowStuffWorks.com. Perkhidmatannya percuma dan apa yang perlu anda lakukan hanya meletak kunci kata (Keyword) yang betul untuk mencari maklumat yang anda inginkan.

Layari HowStuffWorks.com

Popularity: 13% [?]

YouSendIt.com - Hantar email sehingga saiz 2 GB

Dulu kalau tak silap saya, email percuma dihadkan pada 1.2 mb. Sekarang storage untuk email telah dinaikkan sehingga 2.5 GB dan ada juga sampai unlimited. Walaupun begitu, terdapat satu masalah yang masih wujud, iaitu tidak boleh melebihi 10-15 mb apabila attaching file didalam email. Penhantaran yang terhad ini mengakibatkan pengguna tidak dapat menghantar file yang bersaiz besar seperti video atau sebagainya.

Ya, walaupun sekarang video boleh dicompress melalui Youtube tetapi keburukkannya boleh ditonton oleh orang ramai. Bagaimana pula dengan video peribadi?

Terdapat sebuah syarikat melalui laman web telah menyedari masalah ini dan telah menyelesaikannya. YouSendIt.com adalah sebuah perkhidmatan yang membolehkan pengguna menghantar file yang bersaiz besar kepada sesiapa melalui email. Untuk menghantar file bersaiz dibawah 100mb adalah percuma. Apa yang perlu dilakukan adalah

  • Layari YouSendIt.com
  • Berikan alamat email si penerima
  • Attach kan file anda dan tekan SEND

Itu sahaja. Layari YouSendIt.com sekarang ( kalau berminat )

Popularity: 11% [?]

FlashFace - Ingin nak jadi penyiasat polis?

Saya pasti anda akan seronok dengan perkhidmatan yang diberikan oleh FlashFace.

Flashface menawarkan satu aplikasi DIY face dimana anda boleh melakar atau mencipta wajah seseorang semirip dengan wajah yang betul. Anda boleh lihat hasil yang dibuat oleh saya untuk wajah Chef Wan dengan mengunakan flashface.

chef wan

Emm, mungkin tak sama tapi hampir bukan?

Flashface adalah lebih kurang sama dengan software yang digunakan oleh penyiasat polis, untuk melakar gambaran suspect mengikut testimoni saksi. Sebenarnya ada banyak lagi software yang serupa boleh dijumpai di internet, tetapi tiada yang sebaik flashface (ikut pandangan saya lah…)

Untuk mendapatkan perkhidmatan seperti ini dengan percuma adalah best giler. Cuma ada beberapa perkara flashface perlu ditambah seperti warna, 3D dan sebagainya.

Macamana pun, tidak ada registration atau sign up yang perlu dilakukan. So enjoy!

Alamat flashface : http://flashface.ctapt.de/

Popularity: 17% [?]

Google Earth - Melihat rumah anda dari satelit

Google Earth adalah salah satu aplikasi yang paling saya gemari.

Aplikasi ini mengabungkan gambaran satelit, peta dan enjin carian (google) yang akhirnya menjadi satu aplikasi yang sangat hebat dimana kita boleh melihat di setiap sudut dunia.

Kualiti dan kelajuan perkhidmatan Google Earth memberikan kita satu tanggapan betapa jauh teknologi internet sehingga kini yang terbawa ke desktop pc anda.

Banyak yang boleh anda perolehi dari Google Earth seperti ;

  1. Anda boleh zoom in ke mana-mana negara, negeri, daerah sehinggakan ke rumah anda sendiri.
  2. Anda boleh mengetahui arah jalan raya atau menemui jalan raya yang belum pernah anda ketahui.
  3. dan banyak lagi

Ada juga orang menggunakan google earth ini untuk mencari lokasi hotel, resort atau tempat penginapan sebelum merancang membuat penempahan di hotel tersebut.

Anda boleh mendapatkan software Google Earth ini percuma di http://earth.google.com/

rumah saya dengan google earth

Ini adalah gambar kawasan rumah saya di Kota Kinabalu, Sabah dengan mengunakan Google Earth.

Popularity: 36% [?]

ScanR.com - Tiada scanner? Jangan risau

Satu lagi perkhidmatan yang berguna dan percuma.

ScanR.com adalah sebuah perkhidmatan yang membantu anda scan dokumen ke format jenis pdf.

Bagaimana caranya?

  • Langkah 1) Ambil gambar dokumen yang hendak di scan dengan menggunakan handphone atau digital camera.
  • Langkah 2) Hantar gambar tersebut ke ScanR melalui email : doc@scanR.com
  • Langkah 3) ScanR akan menghantar balik gambar dokumen anda dalam bentuk pdf (melalui email)

scanr

Kalau anda belum pernah menggunakan perkhidmatan ScanR sebelum ini, anda perlu register untuk mendapatkan akaun. Proses registration adalah mudah dan tidak akan mengambil masa lebih dari 2 minit. Yang paling penting adalah email anda, kerana dokumen pdf akan dihantar ke email tersebut.

Perkhidmatan ScanR bukannya 100% percuma tetapi apa yang diberi (secara percuma) pun sudai memadai. Cubalah ScanR sekarang dan pastikan anda bookmark kerana mungkin anda perlukannya nanti.

www.scanr.com

Popularity: 10% [?]